BM | ENG
Bagaimana untuk mendapatkan pesanan affiliate?
Kadar komisen Affiliate berbeza mengikut kluster, kategori, dan jenis pelanggan yang membeli dari pautan afiliasi, sama ada pelanggan baru atau pelanggan sedia ada.
Setiap pesanan affiliate layak menerima komisen. Kelayakan komisen affiliate juga bergantung sama ada pesanan tersebut tertakluk di bawah Komisen Shopee atau Commission XTRA (komisen penjual). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kadar Komisen Shopee Affiliates, Pengiraan Komisen, dan Contoh Atribusi, sila klik DI SINI.
Model Komisen Affiliate Shopee terbahagi kepada dua:
Pesanan Kedai Sama: Komisen diperoleh apabila pembeli mengklik pautan affiliate dan membuat pembelian daripada kedai yang sama.
Contoh: Affiliate kongsikan pautan Kedai A di media sosial > Pengguna klik > Pengguna membeli dari Kedai A
Pesanan Kedai Berbeza: Komisen diperoleh apabila pembeli mengklik pautan affiliate tetapi membuat pembelian daripada kedai yang berbeza.
Contoh: Affiliate kongsikan pautan Kedai A di media sosial > Pengguna klik > Pengguna membeli dari Kedai B
Nota:
Kadar komisen Affiliate Shopee mungkin berbeza mengikut platform (Media Sosial, Shopee Video atau Shopee Live). Sila semak di sini untuk kadar komisen terkini.
Kadar Commission XTRA ditentukan oleh setiap penjual dan tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa.
Setiap klik daripada pautan affiliate mempunyai tempoh atribusi selama 7 hari, dan komisen dikira berdasarkan atribusi klik terakhir.
[BAHARU] Mulai 20 Januari 2026, affiliate akan menikmati kadar komisen Media Sosial yang lebih tinggi!
Jenis Pesaan | Komisen Layak | Komisen Layak | ||
Komisen Shopee | Commission XTRA | Komisen Shopee | Commission XTRA | |
Pesanan Kedai Sama | ✅ | ✅ (mengikut kadar yang ditetapkan oleh penjual) | ✅ | ✅ (mengikut kadar yang ditetapkan oleh penjual) |
Pesanan Kedai Berbeza | ✅ | ❌ | ✅ | ✅ (30% daripada kadar yang ditetapkan oleh penjual) |
*Hanya terpakai untuk pautan media sosial yang dikongsi
Simulasi pengiraan komisen:
Baharu mulai 20 Jan 2026 | Semasa | Tidak Berubah | |||
Yuran Komisen | Unit | Pesanan Kedai Berbeza | Pesanan Kedai Sama | ||
Nilai Item | MYR | 100 | 100 | 100 | |
Shopee | Kadar Komisen Shopee | % | 1% | 1% | 1% |
Komisen Pesanan Shopee | MYR | 1 | 1 | 1 | |
Seller | Kadar Commission XTRA | % | 3% 30% daripada 10% komisen Kedai Sama | 0% | 10% |
Komisen pesanan Commission XTRA | MYR | 3 | 0 | 10 | |
Jumlah Komisen diterima | MYR | 4.00 | 1.00 | 11.00 | |